Kelas ICT – Kuiz Microsoft Word

2 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Word kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Word yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan mengklik kuiz bertajuk Microsoft Word. Mereka dikehendaki untuk meneliti soalan dan memilih jawapan yang betul menggunakan template Kuiz. Markah akan diberikan selepas mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali